Saya akan terus menghitung hari. Moga tidak terluput dari ingatan Insyirah akan diri saya. Moga kelak dia akan mengerti makna sebenar di sebalik air mata ini.
T_T
Jeritan Oksigenku
Hidup ibarat logam yang mengalami pengoksidaan. Makin lama makin berkarat, hingga satu masa reput dan hilang. Itulah saat kita kembali kepada Pencipta. Tak ada yang abadi melainkan Dia :-)
Apa yang boleh dijadikan teladan, ambil buat ingatan.
Tika luput masa yang diberikan, legasi ini akan terus bicara tanpa kata, mengilham semangat, mengukir kenangan dan memercik rindu pada siapa pun yang bertamu. Cebiskanlah sedikit dari bicaramu untukku, lewat doamu.
Yang baik itu dari Allah jua. Aku hanya menulis menyampaikan. Hanya bicara lewat maya, dari hamba Allah yang mengharapkan redha-Nya dan bersaudara dengan kalian atas syahadah dan akidah yang sama. Doakanlah untukku, nescaya para malaikat turut mendoakanmu.

Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
:: RaSa NaK KaWeN ::
Cuti panjang melanda lagi. Lepas ni kerja 3 hari, cuti lagi hujung minggu.
Menghabiskan cuti tanpa Insyirah.Skrip sama, plot yang sama. Drama yang dah muak untuk ditonton. Yakinlah, Allah bersama orang yang teraniaya.
Syukur masih ada teman yg sudi meluang masa dan bicara.
Tetiba rasa mcm nak kahwin. Hahaha..
Best ke kahwin?
Best atau tak perkahwinan tu bergantung pd kedua-dua pasangan. Nak best kene la usaha. Kan kan..
Nak kahwin (lagi) pun kene la usaha...
Sekian nukilan di awal pagi Selasa.
Amin.. (utk ape..?)
^_^

Friday, January 20, 2012
Thursday, January 19, 2012
:: 89 ::
Malam berlagu sepi. Lara meruntun di hati. Lenaku tak bermimpi. Hanya dibuai harapan sunyi.
89 hari. Tanpa dia di sisi.
89 hari. Tangisan tak henti.
89 hari. Derhaka yang makin berani.
89 hari. Rindu tak bertepi sisi hati seorang lelaki.
89 hari.
89.....
Haruskah malam-malam mendatang terus tersepi sunyi menyendiri...
89 hari... tanpa Insyirah.
Allah pasti akan balas kezaliman ini untuk setiap detik saat yang terpisah. Amin.

Sunday, January 15, 2012
:: Hanya Memeluk Bayang ::
Saya melihat orang lain mendukung anak kegembiraan, saya cuma mendukung impian.
Saya menyaksikan orang lain menggenggam tangan si kecil berjalan penuh riang, sedang saya cuma menggenggam kekosongan.
Saat orang lain mengucup anak penuh perasaan, saya cuma mampu mengucup rasa cemburu.
Saat mendengar anak kecil menangis , saat itu jugalah hati saya menangis.
Ketika seorang kanak-kanak senyum kepada saya, rasanya sangat bahagia, sekalipun dia bukan Insyirah saya.
Ketika mereka memeluk anak mereka dengan erat, saya hanya mampu memeluk bayangnya.
Saya sentiasa berharap, agar satu hari nanti saya akan dapat memeluk dan mencium Insyirah saya.

Friday, January 13, 2012
:: Cara Baik ::
Kalau serius, benar2 nak selesai cara baik, buat la cara baik. Jangan hanya nak lepas tangan dari bertanggungjawab atas apa yang telah kau buat.
Jangan sampai aku bentangkan semua kat mahkamah. Nanti kau jugak yang malu.
Pengakhiran sebuah cerita yang baik mestilah jalan cerita pun baik.

Wednesday, January 11, 2012
:: CouRt ::
It's all about tricks, manipulating situations and backup plans. But in court, those with smart moves always have the advantage.
:: BeKALaN ::
Berbekal semangat, doa, keyakinan dan kebenaran. Sedikit peluru untuk disasarkan jika perlu. Buah catur mula bergerak. Saya yakin, Allah bersama di pihak yang benar...
Tuesday, January 10, 2012
:: ReSTaRt ::
She really has no idea of who i am. All she knows is i am now be friend with her. Strange, not like who she was.
"I don't remember anyone, i just text 'hi' to everyone in my phone book and some replied. Then i asked 'who are you? how do you know me'. Some of them replied and some did not."
Dear Allah, if this is the best for her to erase every painful moment she had been through, make it easy for her for the rest of her life.
And I don't mind to restart this friendship. I might still a stranger to her. But she will always a friend of mine :)

Sunday, January 8, 2012
:: FrenZ ForEveR ::
Kita tetap kawan sampai bila-bila. Sekalipun kau dah tak ingat apa-apa lagi pasal aku. Aku takkan pernah lupa semua pasal kau. Dan pasal kita. Persahabatan takkan putus sampai bila-bila
:: KonGSi KaSiH ::
Kasih sayang adalah anugerah Allah untuk sekalian hamba-Nya. Ia adalah suatu perasaan yang unik dan ditafsir berbeza-beza antara individu, namun tujuannya tetap sama iaitu mengeratkan hubungan baik sesama keluarga, rakan, pasangan dan alam sekeliling.
Fitrah kasih sayang itu adalah untuk diberi, dihargai dan dibalas. Dengan itu kesinambungan perasaan ini akan terus menghidupkan jiwa yang selalu mendamba untuk dihargai.
Ada kalanya kita mencurahkan perasaan kasih dan sayang itu pada orang yang silap. Maknanya, orang yang tidak menghargai malah mengambil kesempatan atas keluhuran kasih sayang yang diberi.
Dan ingatlah, perasaan itu bukan hanya milik seorang individu.
Sudah tiba masa, bila kasih sayang tidak lagi dihargai, kita perlu berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan dan lebih memahami. Biar secubit yang kita beri, seikhlas mereka terima dan seikhlas juga mereka menghargai.
Ia bukan milik seorang individu. Bukan.

Friday, January 6, 2012
:: TerpiLu ::
Saya besarkan anak2 buah saya. Saya besarkan dua pupu saya. Bila tiba giliran anak sendiri, saya tidak dapat melakukannya.
Apakah perasaan ini ....?
Tak tahu nk kata.. T_T
Apakah perasaan ini ....?
Tak tahu nk kata.. T_T
Wednesday, January 4, 2012
:: DeK KeRaNa GamBaR ::
Tetiba kita dikejutkan oleh sensasinya gambar-gambar seorang pelajar cemerlang SPM yang beraksi depan kamera yang disifatkan sebagai lupa diri,kejutan budaya dan sebagainya.
Aku secara peribadi tak kisah sebab bagi aku ramai lagi yang kat Malaysia ni lebih sensasi dari dia. Lagipun cukup la sekadar menegur dalam hati. Selemah-lemah iman.
Tapi mulut orang tak boleh nak tutup. Bila berlaku penyebaran gambar macam tu, semua pihak pun bersalah. Yang empunya gambar tak payah la nak bubuh kat FB, untuk apa letak kat FB kalau bukan nak menunjuk kat orang ye tak... Simpan sendiri je la tengok sorang2 takde sape nak peduli.
Yang menengok pulak.. dah tengok tu, usah la sebar2. Nabi S.A.W suruh kita berpesan-pesan perkara kebaikan. Jika benar nak tegur si empunya gambar, direct je mesej. Tak payah nak tegur orang kalau pada masa sama menjaja aib orang sana-sini.
Ingat, Allah janji akan menutup aib kita jika kita menutup aib saudara kita sesama muslim. Lupa dah ke? Dan bila jadi benda camni akan timbul macam2 fitnah - satu lagi dosa besar yang ibaratnya membunuh saudara sendiri. Lupa dah ke?
Cube fikir, syaitan berjaya menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib umat manusia hanya dengan beberapa keping gambar.
Elakkan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Bergambarlah berapa ribu keping pun, asalkan tahu batas dan hukum. Berani buat berani tanggung :)

:: SeKoLaH StaRt ::
School session starts today. To all teachers, welcome back to work :P after a long goyang kaki season. To students, heaven time is over. Back to reality ok.. :P
I miss my old time in schools. Being a student is the greatest moment in one's life.
School session starts. Traffic will also back to congested. It's Malaysia, it will always be like this.
Again, Malaysia boleh..!

Tuesday, January 3, 2012
:: Sape kata Maggi murah ? ::
Maggi.
Sinonim dengan makanan asasi orang bujang yang sedang ikat perut kerana bajet yang kurang menjelang hujung bulan. Mee segera yang senang dimasak (rendam je dlm air mendidih, xyah masak pun) dan cepat dimakan (atau cepat dimasak senang dimakan, pun boleh).
Tapi harga maggi sekarang tak lah sebajet mana pun. Dulu sepeket 50 sen. Sekarang dah jadi double.
Hari tu aku makan maggi goreng kat kedai mamak. Hanya berperencah sayur, taugeh dan carrot, harganya RM4.50..
RM4.50..???? Siapa kata maggi murah? Lagi mahal dari nasi campur :P
* Tapi maggi sedap kan kan kan....

:: RinDu ::
Sayang, sekejap tadi terlihatlah sebutir bintang yang cukup terang di langit malam. Ibarat kamu yang benderang di dada malam nan gelap. Nikmat untuk ditatapi. Tenang untuk dirindui. Namun tidak tercapai untuk disentuhi.
Meski kamu terlalu mentah untuk memahami semua ini. Ketahuilah, abah sgt rindukan kamu.

Monday, January 2, 2012
:: Driving like a Malaysian ::
1) The traffic light just turned to green, and cars on the back has started to horn. Typical Malaysian drivers.
2) The traffic light just turned to red, and still motorcycles and cars moving like nothing happen. Typical Malaysian drivers.
3) It's one-way road but there are still typical Malaysian drivers drive opposing the direction.
It's so easy to be a good driver. But yea.., we are Malaysian drivers. Malaysia boleh!

:: Godek-godek II ::
Yeah, I'm now getting more familiar with blogspot. Just added shoutbox. More to come perhaps. Ohh it's almost 3 am.
Bedtime. Good night Malaysia. :)
Bedtime. Good night Malaysia. :)
:: Godek-godek ::
Sebelum ni berblog di blogdrive. Bila beralih ke blogspot jadi cam pelik jap. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Esok masih cuti, boleh tidur lewat lagi ... :)
Sunday, January 1, 2012
:: Learning Process ::
Life is a learning process. The first lesson is crying. The last lesson we learn is leaving...
:: Mustafa Kamal Ataturk ::
Alhamdulillah, masa lapang cuti ni, selesai aku baca novel sejarah berkenaan Mustafa Kamal Ataturk.
Sape dia mamat ni? Beliau ialah Presiden Turki yang pertama. Dikatakan bahawa beliau dilahirkan dari benih lelaki Yahudi dan dibesarkan serta diasuh untuk menjadi pemimpin Turki oleh kaum Yahudi yang menyamar sebagai Muslim.
Beliau menumbangkan empayar khalifah Islam Uthmaniah dalam masa sehari selepas menurunkan takhta sultan dan menguasai sepenuhnya pemerintahan Turki. Beliau melarang pemakaian hijab dan serban atau tarbus, menggantikan dengan topi koboi dan kot, menukar azan dan bacaan al-Fatihah dalam solat kepada bahasa Turki, melenyapkan undang2 Islam dengan sekular, mengarahkan azan dilaung dalam bahasa Turki. Beliau membunuh ulama, dan seorang kaki botol yang tegar. Kitab-kitab agama dilupuskan, al-Quran dibakar, sekolah agama ditutup dan masjid juga ditukar fungsi kepada muzium dan gudang.
Dikatakan, pelbagai azab menimpa beliau sebelum ajalnya, dan dihina pula jenazahnya sesudah ajalnya, dan kemudian tidak dapat dikebumikan kerana dipercayai, tidak ada tanah di bumi ini sudi menerima jenazahnya.
Buku yang bagus dan sangat bermanfaat. Tahniah Pak Latip, atas usaha menulis novel sejarah yang sangat banyak pengajarannya.

Lagi sekali..
Sekali lagi bumper Matrix kesayanganku disondol pemandu yang tak beretika. Nasib baik Matrix kuat. Grill Avanza tu yang pecah.
Pembuka tirai 2012.
Pembuka tirai 2012.
:: 2012 ::
It's already 2012.
I have not been writing (blogging) for almost 3 years. I miss the moments of blogging. I made friends (and enemies :) ) and blogging was a great, efficient therapy for myself.
It's time to restart writing. I prefer writing than saying. You may undo and correct what you are about to publish, but once you make mistake in what you are talking, it cannot be undone.
Let's start this new year with doa, may Allah bless the life throughout the year.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Kami bersyukur ke hadrat-Mu, kerana diberi kesempatan untuk terus hidup, menempuhi tahun baru 2012 Masihi ini. Ya Allah Yang Maha Pengampun, jadikanlah kami terhapus akan segala dosa, sengketa dan hasad dengki yang telah menjadikan kami hamba-Mu yang berdosa selama ini. Jadikanlah tahun baru ini permulaan yang baik, perjalanan yang Kau redhai, kejayaan yang Kau berkati, usaha yang Kau restui, rezeki yang Kau limpahi, serta kesihatan tubuh badan agar kami dapat meneruskan ibadah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ya Allah Yang Maha Penyantun, tanamkanlah ke dalam diri kami sifat ihsan dan ikhlas, belas kasihan dan penyabar, dengan itu kami akan menjadi bangsa yang dipandang mulia dan berperibadi yang terpuji.
Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Tetapkanlah hati kami untuk terus beriman kepada-Mu, dan jika Kau mengkehendaki kami diuji, tabahkanlah diri kami, dan ikhlaskanlah diri kami dalam menjalani dugaan-Mu. Kami memohon pada-Mu, agar ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Mu itu menjadikan kami hamba-Mu yang taat, yang redha dan ikhlas serta sabar.
Ya Allah Penguasa Seluruh Alam, lindungilah kami dari bahaya fitnah dan bahaya lidah. Tidak berupaya bagi kami menahan kebahayaan fitnah. Lindungilah juga kami dari keaiban, peliharalah maruah kami agar kami dapat terus hidup dalam suasana harmoni.
Ya Allah, hanya kepada-Mu kami berserah dan berdoa."

Subscribe to:
Posts (Atom)