Alhamdulillah, masa lapang cuti ni, selesai aku baca novel sejarah berkenaan Mustafa Kamal Ataturk.
Sape dia mamat ni? Beliau ialah Presiden Turki yang pertama. Dikatakan bahawa beliau dilahirkan dari benih lelaki Yahudi dan dibesarkan serta diasuh untuk menjadi pemimpin Turki oleh kaum Yahudi yang menyamar sebagai Muslim.
Beliau menumbangkan empayar khalifah Islam Uthmaniah dalam masa sehari selepas menurunkan takhta sultan dan menguasai sepenuhnya pemerintahan Turki. Beliau melarang pemakaian hijab dan serban atau tarbus, menggantikan dengan topi koboi dan kot, menukar azan dan bacaan al-Fatihah dalam solat kepada bahasa Turki, melenyapkan undang2 Islam dengan sekular, mengarahkan azan dilaung dalam bahasa Turki. Beliau membunuh ulama, dan seorang kaki botol yang tegar. Kitab-kitab agama dilupuskan, al-Quran dibakar, sekolah agama ditutup dan masjid juga ditukar fungsi kepada muzium dan gudang.
Dikatakan, pelbagai azab menimpa beliau sebelum ajalnya, dan dihina pula jenazahnya sesudah ajalnya, dan kemudian tidak dapat dikebumikan kerana dipercayai, tidak ada tanah di bumi ini sudi menerima jenazahnya.
Buku yang bagus dan sangat bermanfaat. Tahniah Pak Latip, atas usaha menulis novel sejarah yang sangat banyak pengajarannya.
Jeritan Oksigenku
Hidup ibarat logam yang mengalami pengoksidaan. Makin lama makin berkarat, hingga satu masa reput dan hilang. Itulah saat kita kembali kepada Pencipta. Tak ada yang abadi melainkan Dia :-)
Apa yang boleh dijadikan teladan, ambil buat ingatan.
Tika luput masa yang diberikan, legasi ini akan terus bicara tanpa kata, mengilham semangat, mengukir kenangan dan memercik rindu pada siapa pun yang bertamu. Cebiskanlah sedikit dari bicaramu untukku, lewat doamu.
Yang baik itu dari Allah jua. Aku hanya menulis menyampaikan. Hanya bicara lewat maya, dari hamba Allah yang mengharapkan redha-Nya dan bersaudara dengan kalian atas syahadah dan akidah yang sama. Doakanlah untukku, nescaya para malaikat turut mendoakanmu.

No comments:
Post a Comment