Jeritan Oksigenku

Hidup ibarat logam yang mengalami pengoksidaan. Makin lama makin berkarat, hingga satu masa reput dan hilang. Itulah saat kita kembali kepada Pencipta. Tak ada yang abadi melainkan Dia :-)

Apa yang boleh dijadikan teladan, ambil buat ingatan.

Tika luput masa yang diberikan, legasi ini akan terus bicara tanpa kata, mengilham semangat, mengukir kenangan dan memercik rindu pada siapa pun yang bertamu. Cebiskanlah sedikit dari bicaramu untukku, lewat doamu.

Yang baik itu dari Allah jua. Aku hanya menulis menyampaikan. Hanya bicara lewat maya, dari hamba Allah yang mengharapkan redha-Nya dan bersaudara dengan kalian atas syahadah dan akidah yang sama. Doakanlah untukku, nescaya para malaikat turut mendoakanmu.

Wednesday, January 4, 2012

:: DeK KeRaNa GamBaR ::

Tetiba kita dikejutkan oleh sensasinya gambar-gambar seorang pelajar cemerlang SPM yang beraksi depan kamera yang disifatkan sebagai lupa diri,kejutan budaya dan sebagainya.


Aku secara peribadi tak kisah sebab bagi aku ramai lagi yang kat Malaysia ni lebih sensasi dari dia. Lagipun cukup la sekadar menegur dalam hati. Selemah-lemah iman.

Tapi mulut orang tak boleh nak tutup. Bila berlaku penyebaran gambar macam tu, semua pihak pun bersalah. Yang empunya gambar tak payah la nak bubuh kat FB, untuk apa letak kat FB kalau bukan nak menunjuk kat orang ye tak... Simpan sendiri je la tengok sorang2 takde sape nak peduli.

Yang menengok pulak.. dah tengok tu, usah la sebar2. Nabi S.A.W suruh kita berpesan-pesan perkara kebaikan. Jika benar nak tegur si empunya gambar, direct je mesej. Tak payah nak tegur orang kalau pada masa sama menjaja aib orang sana-sini.

Ingat, Allah janji akan menutup aib kita jika kita menutup aib saudara kita sesama muslim. Lupa dah ke? Dan bila jadi benda camni akan timbul macam2 fitnah - satu lagi dosa besar yang ibaratnya membunuh saudara sendiri. Lupa dah ke?

Cube fikir, syaitan berjaya menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib umat manusia hanya dengan beberapa keping gambar.

Elakkan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Bergambarlah berapa ribu keping pun, asalkan tahu batas dan hukum. Berani buat berani tanggung :)

No comments:

Post a Comment