Mata belum berhenti memerhati.Tengah malam Zulhijjah yang benderang dengan indahnya purnama. Full moon.
Otak masih berputar mengenangi beberapa perkara yang melingkari kehidupan.
Melarutkan pemikiran dalam aliran lagu yang menenangkan adalah satu kegembiraan.
#1 Hidup ini telah ditetapkan.
Hidup ini, adalah sebuah drama yang jalan ceritanya telah ditetapkan beberapa perkara oleh Sang Pencipta. Mulanya, perjalanannya, rezekinya, jodohnya dan luputnya segala itu adalah rencana Dia. Segalanya dari alam rahim, setiap anak Adam telah ditetapkan cerita masing-masing.
#2 Dugaan
Senang atau susah, kedua-duanya dugaan. Bergantung pada kemampuan kita menerima yang segalanya dalam pengetahuan-Nya. Dugaan boleh bermacam-macam jenis. Dan untuk bermacam-macam tujuan yang hanya Allah mengetahui.
Sama ada kafarah atau tarbiyah, dugaan sepatutnya membawa kita lebih dekat dengan Allah.
Sebagai misal, seorang lelaki memohon bantuan jemaah masjid memberi bantuan kewangan bagi rawatan buah pinggang anaknya. Allah mentakdirkan lelaki itu menerima dugaan berat. Di suatu sudut lain jika diamati teliti, ia juga adalah dugaan kepada para jemaah, tentang sifat dermawan dan pengorbanan harta (duit) bagi yang memerlukan.
Surah al-Mulk, ayat ke-2. Fahamkan.
#3 Susah dan Senang
Ada orang diduga dengan kesenangan. Ada yang diduga dengan kesulitan. Apa pun ia, dugaan ditimpakan sesuai dengan kemampuan kita. Dan bila seseorang itu berada dalam kesulitan yang besar, maka dugalah imanmu, sejauh mana kamu sanggup ikhlaskan diri membantu. Janganlah lupa janji Allah. Sesiapa yang memudahkan kesulitan seseorang, Allah akan permudahkan kesulitan untuk dia juga.
#4 Hidup adalah proses belajar
Perkara pertama yang kita belajar ialah menangis. Sewaktu dilahirkan. Dan yang terakhir ialah meninggalkan. Saat sampai luput usia. Di antara dua pelajaran itu, ada perjalanan yang berbeza-beza panjangnya. Manfaatkanlah segala kesempatan sementara masih ada nyawa.
#5 Misteri-misteri
Kekadang misteri-misteri tentang jodoh dan rezeki adalah sulit untuk diungkai. Namun usaha adalah WAJIB. Apa yang kita mahu, berdoalah minta, dibolehkan tawassul untuk hajat-hajat yang spesifik, khusus. Berusahalah dengan penuh yakin. Asalkan niat baik, semuanya harap diredhakan.
Begitu juga dengan misteri mati. Itu kepastian yang mesti berlaku. Misterinya ialah bila. Seperti juga usaha dalam bab jodoh dan rezeki, usaha untuk menghadapi mati juga WAJIB. Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan dan amal.
#6 Masa depan
Bercerita tentang masa depan, kita bukanlah mampu meramalkan. Tetapi masa depan kita sedikit sebanyak dicorakkan oleh apa yang kita lakukan hari ini. Kena yakin dengan kemurahan Allah. Kena usaha untuk hidup gembira. Insya Allah, bila tiba masa itu nanti kita sama-sama berusaha dan berserah pada DIA.
#7 Akhiran
Bila tiba tarikh luput kehidupan, maka itulah akhiran cerita kita. Segala pencapaian lakonan kita akan direkod dan dinilai, kemudian kita akan berehat di tempat yang paling ditakuti oleh mereka yang masih bernyawa. Dan akhiran ini juga merupakan dugaan kepada mereka yang ditinggalkan.
#8 Peminat vs Pengingat
Jadilah orang yang ramai pengingat. Peminat hanya meminati kita tika senang. Tapi pengingat akan mengingati kita selama dalam ingatan.
#9 Pengingat bintang
Tiada bintang di langit malam, namun ingatan terhadap bintang itu tetap ada. Dan kemudian menjadi percaya. Aku sentiasa yakin, dengan kamu, bintang aku.
Jeritan Oksigenku
Hidup ibarat logam yang mengalami pengoksidaan. Makin lama makin berkarat, hingga satu masa reput dan hilang. Itulah saat kita kembali kepada Pencipta. Tak ada yang abadi melainkan Dia :-)
Apa yang boleh dijadikan teladan, ambil buat ingatan.
Tika luput masa yang diberikan, legasi ini akan terus bicara tanpa kata, mengilham semangat, mengukir kenangan dan memercik rindu pada siapa pun yang bertamu. Cebiskanlah sedikit dari bicaramu untukku, lewat doamu.
Yang baik itu dari Allah jua. Aku hanya menulis menyampaikan. Hanya bicara lewat maya, dari hamba Allah yang mengharapkan redha-Nya dan bersaudara dengan kalian atas syahadah dan akidah yang sama. Doakanlah untukku, nescaya para malaikat turut mendoakanmu.

Sunday, October 20, 2013
Wednesday, October 9, 2013
:: Tentang Rasa dan Bintang-Bintang ::
Tentang rasa dan bintang-bintang, dan kamu.
#1 :Tadabbur tentang bulan
Gelap pekatnya malam awal Zulhijjah. Di dalam surah Yaasin ayat ke-39, diterangkan bahawa bulan mengorbit bumi dengan ketetapan Allah, melalui fasa-fasa selama 28 atau 29 hari. Malam ini awal Zulhijjah, langit malam dikuasai awan gelap dan bintang-bintang
#2 :Bintang
Bintang-bintang sebagai alat rejaman syaitan (Al-Mulk, ayat 5). Bintang juga sebagai hiasan langit (As-Saffaat, ayat 6).
Aku suka melihat bintang. Sejak kecil aku meminati bintang dan planet-planet. Sejak kecil aku menonton langit malam di mana terpaparnya cahaya bintang yang tersangat jauh dari mata ini. Bila melihat bintang, hati akan tenteram. Fikiran jadi layang. Terbang ke dalam khayal.
#3 :Hati
Hati ini letaknya perasaan. Perasaan boleh dipendam, juga boleh dilepas. Hati ini letaknya cinta dan percaya. Hati ini juga tempat lahirnya nafsu dan emosi. Hati aku sama seperti orang lain. Setiap hati ada ceritanya tersendiri.
Lama juga hati aku ibarat gelap malam yg tiada bulan dan bintang. Tiba-tiba dia datang bagai sebutir bintang. Senyum aku terlena. Saat sedar, aku mula rasa sedikit erti bahagia.
#4 : Bintang yang terang
Semakin hari berlalu, aku yakini, dialah bintang yang aku baru temukan. Yang terhijab di balik awan gelap. Hanya mampu ternampak dengan hati yang benderang. Yang mengatasi terangnya bulan. Yang menghiasi pandangan tika jaga dan menerangi jiwa tika lena.
#5: Yakinlah
Manalah aku tahu berapa hitungan bintang. Tapi yakini aku pada sebutir yang benderang. Dialah bintang itu.
#6 : Cinta dan bintang
Doaku pada Rabb ku, moga cinta ini membuka hatinya. Meskipun masih jauh perjalanan, bak jauhnya bintang, namun cahayanya tetap sampai. Semoga DIA menetapkan cahaya bintang itu, dan menghidupkan terangnya dalam hati kami.
Awak, jauh di mata pun, awak tetap di hati. Bintang apa pun yang bersinar, awak tetap yang benderang.

Thursday, October 3, 2013
::Untuk Kamu, Ya..., Kamu::
Maaf, karangan belum sempurna.Hanya ini saja bicara yang bisa tergarap.
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Sebenarnya sudah lama tidak menulis seperti dulu. Tapi menulis tetap menjadi terapi sejak dulu hingga kini. Apapun tulisan ini cuma sebahagian sahaja dari segala yang bersarang dalam akal.
Malam ini bertemankan dua lagu, dan kalam basmallah sebagai pembuka, kutitip sebuah karya yang tidak seberapa untuk kamu.
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
Dengan izin-Mu, aku berdaya memerah minda dan menjelmakan segenap emosi ke dalam hati.
#1: Dua Lagu
Kedua-dua lagu ini kebetulan menangkap emosi pada petang ini. Bila diamati liriknya amat bertepatan dengan situasi. Dengan pantas menjiwainya. Maka terburailah kotak minda dan memecahlah kaca-kaca hati. Tercurahlah idea. (dan juga air mata, barangkali)
#2:Percaya pada rasa
Selalunya aku tulis apa yang aku rasa. Atau apa yang aku tak mahu rasa. Rasa bukan sekadar deria, bukan sekadar sentuhan fizikal. Lebih hebat adalah rasa yang sentuhnya di dalam jiwa. Ia bersentuh dengan perasaan dan tertanam dalam ingatan.
Percaya pada rasa? Kerana hati tidak pernah menipu. Hati tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hati menggerakkan naluri dan rasa. Hati pembeza duka dan bahagia. Jalannya letak di hati. Tapi mengapa sering berperang dengan perasaan? Kerana otak bertindak berdasarkan logik. Akhirnya buntu. Jalan tanpa arah yang ditemu.
Aku yakin pada rasa. Lalu aku bertindak berdasarkan apa yang dirasa. Bila ada dirimu mencuri ruang di dalam hati ini, aku meluruskan niat untuk mencintai kamu dengan halal. Lalu otak membicara, sudahkah aku bersedia? Jujurnya belum. Aku masih berusaha. Mendidik diri menjadi lebih berguna.
Hati pula sengaja membidik rindu. Lalu terasa sangat sepi sehari tanpa bicara denganmu.
#3: Rasa itu Cinta?
Cinta adalah perasaan. Dan ia adalah pilihan. Cinta tidak pernah dipaksa hadirnya. Maka tiada paksaan dalam bercinta. No obligation. Bukan kewajipan. Ia cuma sekadar rasa yang lahir dari hati. Bila hati membidik rindu, bila sehari berlalu sepi tanpamu, aku sedar rasa ini bukan sekadar suka. Namun untuk mencintai kamu hanyalah halal setelah menikahimu. Sedang diri belum bersedia, maka aku tidak boleh mencintai kamu. Biarlah aku terus membidik peluru rindu ke langit malam, menjadikan bintang-bintang sebagai sasaran.Dan hanya dalam doa, bisik hati, resah dan sujudku, aku berbicara dengan Rabb ku, moga dibimbing hati ini agar tidak tergelincir dari landasan.
#4: Cinta, Ikhlaskah Aku?
Bagaimana hendak aku buktikan sedang aku belum boleh bercinta denganmu. Apa yang aku ada cuma bicara ikhlas dengan Rabb ku, lewat sujud dan bisik hati. Rabb ku juga yang lebih tahu. Segala yang aku lakukan hanyalah mengikut percayaku, yakinku, pada hatiku yang memercikkan rasa itu. Dan selalu lewat doaku, ada saja namamu.
#5: Jodoh itu Misteri
Bila terdetik cinta, hati mana mampu menipu tidak berharap org itulah impian jodoh kita. Begitu juga hatiku. Yang aku yakin dan percaya adalah rasa hati. Yang aku usahakan ialah doa dan mempersiapkan diri. Aku tak tahu adakah aku terlambat atau perlahan. Tapi usaha tetap ada. Meletakkan kamu dalam kalbu, meluruskan niat dan bersenjatakan doa.Namun segalanya adalah tertakluk pada rencana Allah. Jodohku, jika bukan kamu, pasti semua ini akan temui penyudah setakat tahap ini. Namun jika kamu memang rencana Allah untukku, maka tinggal berserah pada sejauh mana aku berusaha ke arahnya.
Lalu aku mengikut sahaja apa yang dikata oleh kalbu. Menyayangi kamu seadanya, terbatas pada segala hadnya. Istiqamah pada usaha. Mengambil berat akan dirimu. Bertanya khabar sambil melarutkan sepi dan rindu. Jika aku biarkan sahaja tanpa usaha, manakan bisa aku peroleh peluang secebis pun untuk kamu?
#6: Ikhlaskah, Sedangkan Mengharap Dibalas?
Tiada rasa yang tidak diserta harapan. Tiada harapan yang tidak minta dibalas. Jika begitu manakah letaknya ikhlas?
Letaknya pada redha. Apapun perencanaannya dalam benak, keputusan Rabb ku juga mengatasi segalanya. Di situlah kesabaran memainkan peranan. Segalanya adalah ujian. Tarbiyyah buat aku dan juga kamu. Di sinilah letaknya amanah. Amanah pada apa yang dirasa dan dipercaya. Bila kamu telah berada dalam hati ini, maka aku menutup untuk yang lain.
#7: Ujian
Ujian Allah berbagai cara. Tidak mustahil juga melalui cinta. Di sini diuji-Nya akan iman (terhadap qada dan qadar Allah), diduga dengan rindu agar lebih mengadu pada-Nya, amanah terhadap apa yang dirasa dan pada jiwa yang dimohon untuk disatukan dalam doa.
#8: Cinta kerana Dia?
Ya, aku percaya pertemuan dan perkenalan ini satu percaturan-Nya, dan atas izin-Nya. Dan aku hanya perlu percaya, dan yakini bahawa rasa ini membawa aku lebih dekat dengan Rabb ku. Dan kamu, harapnya begitulah.
#9: Perjalanan
Perjalanan aku yang percaya pada rasa hati ini, suatu ketika akan berhenti juga. Jika pada ketika suatu masa kamu diijabkabul dengan lelaki lain, maka imanku sentiasa memandu, bahawa ketentuan-Nya kamu bukan milik aku. Bukankah telah dijelaskan, cinta bukan paksaan atau kewajipan? Kecuali selepas bernikah, maka cinta menjadi kewajipan. Selain dari itu, cinta terkubur sebagai tidak lebih dari satu rasa, yang akan memudar dengan menginjaknya masa.
Begitu juga jika ditakdirkan Izrail menjemput lebih awal dari waktu itu. Maka berkuburlah segalanya bersama jasadku, dan setakat itulah kemampuan dan yang diizinkan Rabb ku.
#10: Simpati bukan Cinta
Simpati itu bila mata melihat dan hati menjadi belas. Lalu berat untuk melukakan. Cinta itu pula bila hati melihat, tiada di mata pun di hati tetap teringat. Lalu menjadi simpati. Simpati hanya mendatangkan belas. Tetapi cinta boleh melahirkan simpati. Jika rindu muncul dalam benak, maka cinta itu hadir.
#11: Janganlah Terbeban Olehku
Tidak pernah aku memaksa kamu. Maka berjalanlah dengan biasanya seperti kamu mahu. Aku cuma mahu berusaha dengan upayaku dan yakin dengan hatiku. Jika kamu tidak tertunduk dengan rasaku, maka bukanlah salahmu.
Ibaratnya aku jurujual. Jika Allah takdirkan ada rezeki denganmu, maka aku mendekatimu dan kau menerimaku. Jika aku tidak mendekatimu dan berusaha mana mungkin aku berpeluang pada rezekiku. Jika usahaku tidak berjaya maka aku cukup puas kerana telah berusaha dan ternyata bukan rezekiku dengan kamu.
#12: Jagalah Hatimu
Hati kamu adalah ibarat kaca yang sempurna, belum pernah meretak. Jagalah sebaiknya dan serahkan hanya pada yang tepat.
#13: Hatiku
Hatiku pernah retak pecah seribu. Bukan susah sangat untuk aku melaluinya lagi. Yang susah ialah mendapatkan jiwa yang mampu menerima hati yang tidak sempurna ini.
#14: Lagu lagu itu
Kurelakan Jiwa (Hazama) dan Tetap Menantimu (Nomad).
#15: Pesan
Wahai jiwa yang aku rindui, janganlah kamu tertipu dengan simpati biarpun kepadaku. Yakinlah bahawa hati kamu tidak akan menipu. Hanya fikiran yang menimbulkan celaru. Istikharah lah dengan seikhlas jiwa. Biar siapa pun nama yang ada dalam pilihanmu dan sekalipun aku tiada dalam doamu, Allah tetap ada jawapannya.
Dan demi DIA juga setiap sesuatu berlaku itu pasti ada hikmahnya.
#16: Aku cuma....
Aku cuma seorang yang ada perasaan ke atasmu, yang dalam doaku memanjatkan harapan untuk memperisterikanmu, namun masih belum cukup bersedia untuk itu. Segalanya adalah bergantung atas keyakinanku pada segala rasa hatiku.
Tapi aku tetap seorang kawan, carilah aku tika sukar mana pun hidupmu, dengan izin Allah dan atas nama persahabatan ini, aku akan sentiasa ada untuk meminjamkan bahu.
Wallahu'alam.
Wassalam.

Wednesday, October 2, 2013
::Antara Azan dan Solat::
diazan tika lahir. disolat bila mati. begitu singkatnya hidup ini seperti jarak waktu antara azan dengan solat
Subscribe to:
Comments (Atom)