Cinta aku tak sama mereka. Mana boleh kau banding atau nak cuba samakan.
Kau tak pernah tahu apa pernah aku tempuh. Setahun 11 bulan yang teramat panjang, meski sudah setahun 11 bulan juga berakhir.
Jangan samakan cinta aku dengan orang lain. Dan kenapa aku ambil masa belum juga luahkan?
Kerana lafaz itu datang dengan tanggungjawab. Bukan sekadar lepas di bibir dan declare sudah berpasangan.
Dan tanggungjawab itu bukan ringan, ada amanah yang perlu dijaga, dilaksana. Aku pernah gagal, maka aku harus lebih bersedia.
Usahlah dibanding-banding lagi. Tak sama. Mereka dengan cinta mereka.
Aku dengan cinta untuk dia. Mana boleh sama.
Jeritan Oksigenku
Hidup ibarat logam yang mengalami pengoksidaan. Makin lama makin berkarat, hingga satu masa reput dan hilang. Itulah saat kita kembali kepada Pencipta. Tak ada yang abadi melainkan Dia :-)
Apa yang boleh dijadikan teladan, ambil buat ingatan.
Tika luput masa yang diberikan, legasi ini akan terus bicara tanpa kata, mengilham semangat, mengukir kenangan dan memercik rindu pada siapa pun yang bertamu. Cebiskanlah sedikit dari bicaramu untukku, lewat doamu.
Yang baik itu dari Allah jua. Aku hanya menulis menyampaikan. Hanya bicara lewat maya, dari hamba Allah yang mengharapkan redha-Nya dan bersaudara dengan kalian atas syahadah dan akidah yang sama. Doakanlah untukku, nescaya para malaikat turut mendoakanmu.

No comments:
Post a Comment