Suratan Atau Kebetulan..?
#1 Tentang lagu
Lagu tema entri kali ni
ialah lagu dendangan Kenny, Remy dan Martin yg popular pada tahun 80-an.
Menelusuri bait-bait lirik lagu ini akan membawa kita ke suatu pertembungan
antara pengalaman lampau dan dilema menghadapi pertemuan yang baru. Diolah
dalam alunan muzik ringan dan syahdu, lagu ini membicarakan persoalan tentang
jodoh pertemuan serta ketaktentuan dalam merencana masa depan. Ternyata ia
bukan sekadar lagu “kosong” yang sekadar memuji kekasih atau melafaz rindu yang
sangat terbiasa didengar.
#2 Hakikat hidup
berpasangan
Sebagai muslim, kita wajib
beriman kepada al-Quran serta qada & qadar Allah, iaitu dua daripada cabang
rukun iman yang enam. Dalam membicarakan soal jodoh, kita sering meletakkan
atau menyandarkan pada qada dan qadar Allah. Tidaklah salah, namun kita juga
harus menyandarkan pada dalil yang termaktub dalam firman-Nya.
Firman Allah dalam surah Ar-Ruum ayat 21 bermaksud:
“Dan di antara tanda2 kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untuk kamu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg berfikir”
Lagi di dalam surah An-Nahl ayat 72, Allah berfirman
maksudnya:
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri2 kamu itu, anak2 dan cucu2, dan
memberimu rezeki dari jalan yg baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada
yg bathil dan mengingkari nikmat Allah?”
Motivator terkenal
Indonesia, Mario Teguh sering berkata,”belahan jiwamu hanya seindah jiwamu”. Ia
adalah pentafsiran halus mengenai kata “jenis” dalam kedua-dua firman Allah di
atas. Dalam tafsiran kasar, ia merujuk kepada spesis manusia. Ia benar, manusia
berpasangan, berjodoh dan berzuriat dengan manusia. Bila ditafsir secara lebih
mendalam, ia membawa pengertian bahawa jodoh itu dekat dengan kita, di
lingkungan kehidupan kita, di kalangan kawan-kawan, di sekitar kejiranan,
tempat kerja mahupun di kalangan saudara mara kita sendiri. Lebih halus lagi
pentafsirannya, jodoh itu adalah sebahagian dari belahan jiwa, yang akan
dilengkapkan oleh pasangan jodohnya, dan menjadi lengkap sebagai satu jiwa di
dalam diri kita.
Belahan jiwamu hanya
seindah jiwamu. Indah, kan? Subhanallah.
Aku masih menunggu, dan
tertunggu hingga segala harapan menjadi bagai sebutir bintang. Indah hanya
dapat dipandang, jauh untuk dipegang. Jelmanya kala malam, hilang tika siang,
hanya mampu mengangankan dalam bayang.
Wahai jiwa yang gusar,
yang khuatir akan segala persoalan, lupakah kamu pada firman Allah dalam surah
Ad-Dzariyat ayat 49:
“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya
kamu mengingat kebesaran Allah”
Jiwaku, lupakah kamu pada
ayat itu? Di mana asas imanmu tatkala kamu menangisi, meratapi kehilangan
mereka yang ingin kamu dampingi? Atau di kala kamu mendepani kekosongan di
belahan jiwamu yang masih belum dilengkapi sebahagian lagi? Janganlah berputus
asa dari rahmat Allah.
Kalam Allah adalah benar
belaka. Maka apa lagi keraguan tentangnya?
Jodoh itu ada. Hanya masa
yang menjadi persoalannya. Keindahan itu
hanya dirasa bila tepat waktunya.Selagi belum masa, maka nikmatilah hidup
ini seadanya, kerana nikmat Allah terlalu banyak dilimpahkan di dunia ini untuk
kita semua. Selagi belum masa, jangan pernah putus asa.
Belahan jiwamu seindah
jiwamu. Indah, kan?